December 17, 2009

SeLaMaT MeNYaMBuT "MAAL HIJRAH" 1431

Bismillah…
3142944965_849327b7ca

Salam buat para teman semoga  dirahmati Allah…


Tahun baru menjelang lagi...Satu lagi buku baru dalam kehidupan kita akan ditulis.Satu lagi corak baru akan terbentuk didalam buku kehidupan kita.Namanya kita manusia takkan pernah lepas dari ujian dan cabaran…apapun itulah nama “HIDUP”…ALIVE!

Setiap yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersendiri…yang penting KESEDARAN dari dalam untuk terus menggorak langkah dan tidak terus MEMBENARKAN DIRI terbelenggu dengan memori mahupun kesakitan silam. BERANI untuk melakukan TRANSFORMASI atas platform Allah bukannya manusia, insyaAllah pasti perjuangan akan lebih manis, indah dan lancar. Semoga kedatangan MAAL HIJRAH ini akan membuahkan seribu keindahan mengiringi perjalanan semua…

Kerjaya, pengamatan, penerokaan dan kehidupan menemukan saya pelbagai rencam suka duka perjalanan insan. Tidak dinafikan pengalaman silam, gaya asuhan,  latar belakang, pendidikan , kepercayaan, persekitaran mempunyai kaitan langsung dengan pola kehidupan manusia. SATU KEAJAIBAN yang saya temui…dan mengingatkan saya betapa benar janji Allah “KEREDHAAN ALLAH BERADA DI DALAM KEHIDUPAN SETIAP MANUSIA"

SATU persoalan yang satu ketika misteri …hari ini manusia cenderung mengejar duniawi sehinggakan untuk menghidup RUH kesinambungan pergantungan pada kekuasaan Ilahi makin pudar…kenapa yer?

Jawapannya DOA…itu yang saya belajar selama ini dimana saya sendiri baru mula menyedarinya kini... SATU HIKMAH & PENGAJARAN apabila diuji dengan ujian kasih, kehilangan, kematian, musibah penyakit, kewangan…konflik dan sebagainya mendekatkan diri kita pada Allah YANG MAHA BERKUASA. Emm…betapa BESAR sebenarnya peranan DOA yang dimainkan dalam kehidupan.

Teringat  saya kisah yang pernah abah kongsikan pada saya ...sebuah  kisah seorang isteri yang sebelum ini begitu tulus, ikhlas dan bersabar mendoakan kebaikan serta keinsafan buat suami yang tercinta. Pangkat, harta dan kemewahan duniawi adakalanya boleh menjadi perangkap yang membawa kepada kemurkaan Allah dan itulah yang terjadi, Nauzubillahminzalik! Kemewahan yang dimiliki menjadi platform untuk si suami berubah sikap sehingga terlupa akan tanggungjawab kepada anak dan isteri  hinggalah ditakdirkan satu ketika sebagaimana dijanjikan Allah setiap perbuatan akan diberi pembalasan maka si suami dapat tahu si isteri yang selama ini begitu setia kepadanya mencari teman lain untuk menghilangkan rasa kobosanan dan kesunyian dihati kerana sering diabaikan oleh sisuami..Disaat itu baru beliau tesedar atas segala sikap dan perbuatanya selama ini...kerana rasa keegoaan dihati terlalu tinggi maka sisuami meninggalkan anak dan isteri kononnya untuk mencari penyelesaian dan bermunajatkan diri.Setelah berpuas hati dan merasakan diri telah mendapat keputusan yang dicari maka sisuami lantas sepantas kilat beliau bergegas kembali ke rumah waktu dinihari kononya untuk memberi kata putus pada si isteri.. tetapi alangkah terkejutnya beliau ketika itu apabila pulang didengar dan dilihatnya si isteri yang turut sama menyesali atas segala perbuatanya selama ini  ini sedang bermunajat mengadu kepada Ilahi atas segala apa yang terjadi . Tiba-tiba timbul rasa kesedaran dan kekesalan dihati sisuami bila melihat perbuatan isteri sebegini..barulah sisuami sedari bahawa segala perbuatan siisteri tadi bukanlah atas kehendahnya sendiri tetapi adalah kekrana keksilapan sisuami itu sendiri...kerana selama ini  dirinya yang seharusnya menjadi tunggak kelurga mengabaikan segala-galanya...Sisuami terus memeluk isteri dan sama-sama menangis diatas sejadah kerana menyesali atas segala apa yang terjadi...dan Alhamdulillah DOA TULUS isteri yang selama ini ingin kan sisuami supaya sedar dan kembali akhirnya dijawab Allah swt, pada usia yang merangkak senja akhirnya si suami bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Ilahi.dan sama-sama membimbing anak dan isterinya kejalan yang diredhai...DAN kisah inilah yang telah menyedarkan aku atas segala kesilapan yang pernah aku dan suami lakukan...dan alhamdulillah kini kami sama-sama memperbetulkan segala kesilapan yang telah dilakukan...Semuanya dengan berkat  doa dan keizinan dari ALLAH...
 

PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN

Tahu kah kita betapa besarnya peranan sebuah DOA,

DOA isteri boleh menyelamatkan suami, DOA ibu boleh menyelamatkan anak dan membantu kecemerlangan hidup anak yang dikasihi, yang HILANG PEKERJAAN kini mendapat kerja dll.Kalian sudah  berdoa untuk insan yang di sayangi hari ini? Ada banyak lagi sebenarnya KEAJAIBAN doa ini. Betapa PENTING sekali peranan doa dalam kehidupan. Dewasa ini, jika diperhatikan banyak masalah serta konflik kehidupan yang berlaku antaranya masalah rumahtangga dimana kurang komunikasi, tidak harmoni, kurang kasih sayang , anak-anak terbiar, bermasalah, lari daripada rumah, degil, keras hati, kurang beradab, tidak mencintai ilmu,tidak mencintai Allah, tak minat belajar lebih senang berpeleseran dan berhibur dengan momokan sekularisme yang melalaikan dan pelbagai lagilah. NAK TAHU ANTARA FAKTOR penyumbangnya juga adalah…KURANGNYA DOA, mungkin juga kurang berdoa untuk kebahagian dan ketenangan dalam REDHA Allah…dan tak lupa REZEKI yang diberkati. Penting sebenarnya keberkatan REZEKI ini, walaupun sedikit jika berkat hati pasti sejahtera berbanding jika banyak sumber tidak halal…kotor…pasti PANAS dibuatnya itu yang jadinya kurang sejahtera kadang.

Itulah yang saya belajar …kerana saya sendiri sebenar masih terus belajar.Dewasa ini manusia lebih cenderung memilih kesibukan yang bersifat materi sehinggakan terkadang untuk menghidupkan ruh kasih sayang dan hubungan dengan Allah itu terbiar sepi.DOA ITU SENJATA MUKMIN…DOA ITULAH YANG MENGHUBUNGKAN KITA DENGAN PENGUASA & PENTADBIR YANG PALING AGUNG maka kalau hubungan itu tidak terbina, tidak dijalinkan harus bagaimana untuk menikmati pentadbiran kehidupan yang sejahtera, bahagia,  harmoni dan diberkati.


Maka MORAL VALUEnya di sini ~ Jangan lupa mendoakan insan-insan yang di sayangi dalam kehidupan & bytheway kalau tak sayang pun doakan juga kerana apa  jangan  tak tahu pula kadang sebab lupakan nak doakan insan yang  kurang sayang @ tak sayangtu hidup boleh haru-biru juga. Contoh mudah pasangan yang bercerai hidup perasaan dendam, marah, benci menguasai diri maka kadang adajer halnya mencari pasal ~ perebutan hak anak,berebut harta sepencarian dan sebagainya. So para sahabat teruskan berdoa, perbaiki skrip doa , hadirkan RUH bila berdoa dan jangan sesekali berputus asa akan rahmat Allah insyaAllah mudah-mudahan kalian mampu menikmati impian yang kalian inginkan.


Hanya untuk renungan diri sendiri juga buat sahabat-sahabat yang ingin berkongsi dengan ku...Semoga tahun MAAL HIJRAH yang akan datang ini akan membawa seribu kerahmatan dan kesejahteraan dalam hidup kita semua...Buat teman-teman ku diluar sana ...semoga kita akan sama-sama cuba merobah kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan dipenuhi dengan doa yang penuh dengan kesejahteraan dari orang-orang disekeliling kita...

..15 DeCeMbEr ...DaTaNg LaGi..




... 15 december datang lagi...alhamdulillah kerana aku masih lagi boleh menyambut hari kelahiran aku tahun ini bersama dengan anak anak aku yang tersayang...Walapun terasa jugak kesedihan kerana beberapa perkara.. namun aku bersyukur kehadrat allah kerana anak2 aku tak pernah melupakan aku dihari kelahiran aku...Terima kasih sAYanG kerana sentiasa menghargai umi dihari ini...Walapun pemberiannya tak seberapa namun cukup untuk memberi aku satu kejutan di pagi hari...Mereka sanggup berkongsi duit hanya untuk memberikan aku hadiah dan sejambak bunga walaupun tak seindah dan secantik susunan bunga dari kedai bunga..tetapi aku bangga, aku bahagia sehingga tanpa aku sedari menitik airmata ku mengalir keluar ketika menerima pemberian mereka...Ya ALLAH terima kasih atas anugerah yang amat bermakna yang telah engkau berikan pada ku...dan kalau korang nak tau youtube diatas adalah dari anak aku yang bongsu..dia suruh aku tengok sebab katanya dia tak dapat nak beri aku kad jadi dia beri aku video youtube itu aja...hahaha...thanks sayang ..its really make me happy went i watch this youtube....


Buat Suami ku terima kasih diatas ucapan mu pada malam itu....walaupun kau tidak dapat memberi aku apa-apa namun dengan  kesudian mu menerima aku sebagai isteri mu sehingga ke hari ini cukup bererti dan ianya merupakan sebuah pemberian hadiah darimu untuk aku  yang tidak mungkin  dapat dicari ganti  (walaupun telah banyak kesalahan dan kesilapan yang aku telah lakukan padamu sepanjang perkhawinan kita..) Thanks DDY 


Buat Seorang insan bernama TeMAN..thanks for the wish walaupun kau jauh masih ingat akan tarikhnya...Dan TERIMA KASIH diatas HADIAH yang telah kau berikan pada aku diHARIJADI ku tahun ini...Walaupun ianya PeRiT buat aku, walapun ianya menambah kan KeLukAAn  di hati ini...namun aku tetap MenGHARGainya demi erti sebuah PERsaHABaTAN..Semoga dirimu akan terus bahagia dengan kebahagian yang kau kecapi sekarang....


Buat Seorang Insan Yang aku anggap sebagai seorang KAKAK...walaupun kau tidak mengucapkan apa2 pada aku di hari lahir ku...namun kesudian mu membalas sms dan email yang aku kirim kepada mu dan mengatakan bahawa aku kini merupakan salah seorang dari  teman mu telah cukup membuat aku gembira....dan mungkin diri mu masih belum  menerima perhubungan ini dengan sepenuhnya namun aku rasa bahagia dan akan sentiasa mengigati mu setiap kali tarikh lahir mu   yang hanya selang sehari dari tarikh hari lahir ku...Buat KAK NUM...apa pun yang terjadi aku tetap akan mengigati dan menyanggi mu sepanjang hidup ku...SEMOGA KAK NUM SENTIASA DIRAHMATI ALLAH...doa dari ku sentiasa mengiringi mu didalam solat ku...insyallah...


YA ALLAH SEMOGA AKU DIBERI PELUANG UNTUK MENYAMBUT TARIKH LAHIR KU DI TAHUN DEPAN DENGAN LEBIH KEREDHAAN DARI MU BERSAMA ORANG2 YANG AKU SAYANGI DISEKELILING KU...AMIN AMIN YARIBIL ALAMIINNNN.....

December 14, 2009

HanGatNya CiNtA...

LoVe ThE LyRic..

December 11, 2009

***JeRAt***

....AaAaaHHH...AtLaSt..AKu JumPa Lagu nIe..
It's  4  SoMeOne....(WhO Knew Me For A LoNg TiMe..)It's make me think of him when i heard this song!!



Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana
Tiada ragu lagi tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki
Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kau mengkoyak dinding keangkuhanku
Kauciptakan rindu
Kau buat hatiku terjerat tali cinta

Resah...resah...
Pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu

Mimpi...mimpi...
Kan terasa oh..sepi
Bila kau tiada
Tampakkan senyummu 



BuT  NoW It'S All  JusT In My DrEam's.!!!

December 10, 2009

SurPriSe...!!!!



HAHAHA....dah lama hubibie aku tak tujukan lagu pada aku..tiba-tiba hari ini dia sms aku suruh dengar radio SiNaR dan dengar lagu ini...katanya untuk aku....Waaaa....terkejut aku dibuatnya..ialah dah berapa lama sejak dari aku kawin hinggalah ke hari ini tak pernah pun dia nak bagi aku lagu...asyik asyik aku aja..tpi aku tak kisah..Tiba tiba plak...emmmm pelik jugak itu...so aku pun terus cari youtube lagu ini dan masuk dalam blog...(for me to always remember the day n the date...hahaha)But apa pun ThaNks Dear For The loveLy Song.......!!

December 8, 2009

...3   MaGi WoRds ...
 ...I   lOvE   YoU...

Mempunyai 1001 macam maksud dan makna yang tersurat dan tersirat

Boleh Mentafsirkan 1001 makna kepada setiap rupa persahabatan atau perhubungan

Semuanya terletak pada diri kita untuk menilaikan erti dan maksud nya...


Lagu  Ini  Khas Pada  Yang Sentiasa Dekat di hati Dan Bermakna Dalam kehidupan Ku







December 7, 2009

RaYa KoRbaN DaTang LaGi...(2009)..
Seperti tahun tahun yang lalu ..aku diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan hari raya korban pada tahun ini...menyambutnya bersama-sama orang yang tersayang....Selalunya pada tahun-tahun yang lepas aku akan menyambut kedatangan hari raya korban bersama sama dengan ahli keluarga, adik beradik dan juga ipar duaiku....memang kadang kadang ianya agak memenatkan...namun kali ini aku sambutnya dengan cara yang berlainan..cara yang telah lama aku impikan ...HAHAHA akhirnya tercapai juga impian ku...Bukanlah aku jemu menyambutnya bersama sanak saudara kaum kerabat dan ipar duia tetapi ada kalanya aku ingin menyambutnya dengan orang2 yang aku sayangi aja..dan akhirnya pada tahun ini 2009 aku berjaya dan dapat menyambutnya hanya dengan suami ku serta anak-anak teruna dan dara ku....Emmm walaupun tak ada lemang, ketupat atau makanan yang biasa kami makan dihari raya seperti tahun tahun yang dulu..namun aku dan anak2 gembira...kami enjoy dengan sambutan raya korban yang kami sambut tahun ini...Dan tahun ini yang menjadi korbannya adalah...DUIT SUAMI KU....hehehe..(kecian jgak dengan dia) tapi tak apalah ddy .... bukan selalu pun ......apapun..ThAnKS to YoU DeAr For ThE  LoVely  VacAtIOn...Walaupun tak semewah orang lain, bukan menginap di hotel-hotel 5 star, tidak makan di restoran2 yang mewah namun aku dan anak2 tetap HaPPy.....Terima kasih allah kerana memberi aku dan anak2 kenikmatan ini....... 





 ......diBiliK HoTel D99....MalaM PerTamA saMpaI di MuaR.....


Me..N My HuBiBie.......


 
...SeMPat LaGi BeRPosIng SeBeLUm NaK ChEK OuT... 

HoTeL D99....The PriCe is REasoAnaBle  N  ThE BreaKFasT Is NiCe.....


 




....ChEcK in HoTel LaIn......PoSiNg DuLu SeBeLuM peGi maKaN MaLam ....


.....seLePaS BrEaKFAst JaLaN-JaLaN TePi SUnGaI MUar....ATas RuMaH PeLaNtAr AhLi KeLaB NeLaYaN......


...MuAr TrAdERs HoTeL.....ThE Rooms Is NiCe  BUT  ThE  BrEakFaSt Is Lousy


On ThE WaY BaCk........WaaaaaaH....... KuPang, LoKan, SiPut...... SamPai RumAH TeRus ReBus CiCaH DeNGan AiR AsAm.....YuM..Yum...Yum...

November 30, 2009

PerMata  HaTi Ku...

AnUGeRah  yaNg  PaLiNg  bErHarGa AllAH  BeRiKan  PaDa KU.......




ThiS  SoNg  FoR  You. .ANgAhAlONg  N  AdIK..
No MaTTeRs WHat HaPPeN I WiLL AlwayS LoVE You N BE ToGethers....




November 25, 2009

To My BeLoVed HuBieBe



I  loVe  u  BuT  how  i  WanT  To  TeLL  YoU....



November 24, 2009

WheN  i  HeaRd  tHiS  SoNg ..ItS  MakE  Me  THiNk  My  LaTE  MAmA  




N   I   MisS   HEr  So  MuCh.....

To My BeSt FriEND....


It'S HaRd To SaID  goODbyE...




I was the one that hurt when i saw you two together
I was the one who wanted to tell you how I feel about you
I was the one who listened to how ever conversation we had turn into a conversation about that person
I was the one who was willing to do anything for you
Even though seeing you two togehter
makes me die a little inside
I'll always be here for you to turn to when things go bad
so remember me when you feel sad or lonely....

I was the one who tried to keep you happy everyday
I was the one who saw you when no else did
I was the one who befriended you when no one else would
I was the one who thought of you every night
I was the one who listened to you go on about that person you like
I  was the one who always stood by your side
I was the one who cried all night 
when I heard about you were with someone else
I was the one who congratulated you and the one you like
I was the one was there when the one you loved hurt you
I was the one that made you happy when you were down
I was the one that treated you like royalty
I was the one that stayed close to you when everyone else was gone
I was the the one that listened to all your complaints
I was the one who laughed at all your stupid jokes
I was the one who helped you over your tears 

....N....
I was the one who hard to said goodbye

This memory will be in my heart forever
I will say GOODBYE  to you
But Not forever
ONLY FOR NOW......



November 23, 2009

 ItS AbOuT OuR Love (..Me N YoU..- My BeLovEd HuBEBie...DdY)


 OuR LoVE StORy BeGiN......

AnD I StiLL ReMeMber....
 

My   FiRst  SoNG  For  YOu .....WheN ...I   SaW   You......

......The song U DediCated To Me..... 
.....ThE FirsT TiMe When We MeT........


AnD NoW....We Live ToGethEr..... 
 
wIlL it Be  LaSting  FoREver  N  EvER....??
 SOng  From SoMeOne To Me.....


ChANgEs

 AnD   hE   REally   ChanGE   WiTh   Me...

So...


I Give ThIs SonG.......

n JuSt WisH YoU Be haPPy  ForEver...
.......SuATu MaSA...Dan KIni APaKah Kita SuDAh TiDaK SeHaluAAN......

Semakin Hari Aku Semakin Terasa..
Semakin Hari Aku Semakin Takut...
Semakin Hari Aku Semakin keliru..
Semakin Hari Aku semakin Terseksa....

Terasa.....diri ini di pinggirkan.....OleHMU
Takut ....  Diri ini di tinggalkan....OlEhMU
Keliru ..Dengan Perhubungan ini ...DengaNMU
Terseksa....Untuk Cuba dan terus mencuba  

.....MeLUpaKanMU

apa pun Yang Pasti...Jawapannya ialah...



DISuaTu MaSa... DiSuaTU Hari YanG INdaH.....SaTu KeNangan YanG ABadi....
....... MeLaWaN KeSePIAAN......

KaDang - KadAng  KeSepiAan  Itu  MembuAt  AKu MenJadi PenYeDiH...
MeMbuat  AkU  LeBih  MenGenAli  ErTi  PErsaHabaTan  DaN  NilAi  SeBuah  PerHubUngan...

KaDaNg KaDanG KeSePiaan Itu MenGajaR Aku ErTi Dan NilaI  KaSih DaN SaYanG....
memBUAT  Aku MeRasa ApAKAh Aku DiHarGai Atau DiPingGiRRi....

kaDanG KalA KeSepiaaN ITU MemBuat Aku  MenjaDi  SengsaRa......
KeRana SerIng MenginGaTi KeNangan BERsamaNya....


Dan KeRana NYa Juga MeMbUat Aku MEmBEnci  KeSepiaan....
KeraNa Itu Aku HarUS ........."MElAWan KEsePIAAn".....


 I Love you...I'll Kill You ~::~

I see love...I can see passion...
I feel danger...I feel obsession...
Don't play games with the ones who love you
Cause I hear a voice who says:
I love you... I'll kill you...
Loneliness, I feel loneliness in my room...


Look into the mirror of your soul
Love and hate are one in all
Sacrifice turns to revenge and believe me
You'll see the face who'll say:
I love you... I'll kill you...
But I'll love you forever


November 19, 2009

 BiCArA HaTi BuaT seORang InSan bergELAR SAhaBAt

Terlalu sakit... Terlalu perit utkku telan... kau Insan kedua di hati.... Memerangkap diri dgn janjimu... Melena aku dgn pujukanmu ....Menggoncang iman yg tipis ....Akhirnya kucanangkan.... Aku insan paling bahagia Kerana hadirmu.. Dalam mimpi yg mengasyikan Aku tersedar jua....rupanya kau juga bkn insan pertama Melukakan hatiku... Membuatku rebah kali kedua..... Tersungkur pd tangan takdirmu.... Hingga aku takut utk bangun ... Aku keliru... Aku bingung ..Haruskah aku tersenyum Atau menangis ....Atau biarkan saja ia berlalu ? Syukur Tuhan Maha Pengasih... Menyerah nasib pada -Nya ...Dalam kepayahan ini.. Aku bangun semula.. Mengutip sisa hati yg ada... Memupuk keyakinan diri ...Membina kekuatan akidah ...Membaja iman yg goyang ...Untuk aku menjadi aku ...Teman ,Pasrah ini terlalu tinggi.. Walau hati masih menangis ...Walau hati kian sedih ...Kesepian Memaksa aku menyelak tirai semalam ...Bukan mengungkit... Sekadar mahu mengenal.... Siapa aku semalam... Siapa aku hari ni... Nah akulah manusia yang dipermainkan... Akulah tempat persinggahan... Akulah manusia hatinya hancur... Akulah manusia jiwanya musnah ...Terdampar kesedihan.. Merawat keperitan Yang tiada kesudahan... Terima kasih atas segalanya ...Sayang yang kau curah ...Budi yg kau hulur... Derita yg kau hadiah... Biar bahagia milik mu ...Biar derita milikku... Namun akan kurawat... Kerana bahagia atau derita esok Belum tentu milik siapa..................
Mengapa ya sahabat
dahulu
kita ceria bersama
kini
dekat kurasa jauh

Mengapa ya sahabat
pernah kau bicara
aku paling memahamimu
kita kongsi suka duka
namun kini
kau berbeza

Mengapa ya sahabat
bersamaku
tak terukir senyumanmu
suram muram
bersama mereka
kau pamerkan bahagia
ramah tamah
 
Mengapa ya sahabat
kau lukai hati ini
ah
jangan kau risaukan aku
lukaku tak berdarah
cuma
air mata pengubat jiwa
peneman sunyi

Mengapa ya sahabat
kisah ini
kisah kau dan aku
punya titik hitam begini
tak seindah mimpi 
 
 ingatlah wahai sahabatku
sahabat sejati sukar kutemu
payah untuk kutinggalkan
tak mungkin akan kulupakan
 
 

November 18, 2009

BiCara BuAt SeORanG INsaN YaNg Ku PanGGiL.......TEman...



Wahai teman...
hati ku ini bukan di buat dari besi, dan bukan juga di tempa dari api untuk menjadikan ia kebal. .Dan tuhan lebih mengetauhi akan tiap sesuatu , mengapa aku rasa jalan ini begitu sempit sekali dan harus di simbah dgn air mata hampir setiap kali untuk aku melaluinya.Bukan aku bersungut...aku amat lelah oh tuhan ampunnilah aku yang terkadang kadang lupa segala pemberianMU

sabarlah duhai hati...tenanglah wahai jiwa pejamlah duhai mata,wahai angin bertiuplah seketika agar nanti dapat aku beradu..aku amat penat sekali ya tuhan ku aku amat bersyukur ..luasnya kasihMu  besarnya rahmat yg di limpahkan..maha suci tuhan

Duhai Teman...
terkadang kadang bila hati ini seakan berpaling tuhan menghadiahkan aku kesakitan,yang mana akhirnya memberikan aku kesyukuran dan pulang padaNya sebelum hati ku tersasar jauh...bila keindahan yang seketika mula memalingkan aku, hujan batu pun  menimpa,,perlukah aku kisahkan segala kesakitan ini, tidakkah ianya indah bila ia membawa aku pulang,dan benarkah keindahan itu indah bila ianya memalingkan kita dari tuhan....Teman ku ...awaslah kadang kala keterpesonaan itu menghancurkan ..seimbangkanlah antara keduanya..hidup ini amat indah jangan membelenggu diri sendiri, ingatlah bahawa  tuhan sentiasa menyayangi kita.

Ohh Teman...
Kadang kadang kesunyian itu datangnya dari hati, berada dalam keriuhan terasa kesunyian,dalam temasya bagaikan sedang bermusafir, ada yg dekat seperti urat dan darah tapi tak tergengam, serumah bersebelah namun tak terasa wujudnya..Namun hakikatnya  jiwa tenteram hanya di mata saja ,Namun tidak ada kesunyian bila kita mengenal tuhan... segalanya begitu indah sekali.. tidak ada kesakitan dan dengan izin tuhan kebal dari rasa putus asa..dan kebahagiaan bermula dari hati....
  



Demi  temanku...
Walaupun diri ku tidak kau peduli, walaupun kesetiaan ku tidak kau hargai , biarpun persahabatan ini tidak kau endahi dan biarpun diri ku akan kau lupai namun doa ku selalu dekat padamu,...meski pun engkau tidak pernah mendengarnya....dan tidak sesekali terlintas dihati aku ingin menghanyutkan mu dengan  kata kata yg indah  yg  hanya melena kan akal,biar pun cukup sekadar  melihat dari jauh.... pada tuhan aku memohon agar kau di lindungi selalu,di berikan ketabahan bila ujian yang menimpa seperti menghiris nadi...di beri kesedaran bila pujian datang selembut sutera.Dan maafkan aku bila kebimbangan bermukin di dada..aku mula bertanya dan berpesan itu dan ini,teguhlah langkahmu dgn kebenaran dan mudah mudahan hatimu..akan bercahaya selalu... tuhanku bahagiakan dia selalu, didalam susah dan di dalam senang.tenangkan ianya selalu di dalam tawa dan di dalam tangis..dan andainya tiba masanya ia kembali ke pangkuanMu, kupohonkan agar sentiasa ada doa yg tak terputus buatnya dan  semoga tuhan memakbulkan segala doaku



     lAGU  unTUK SeMuA tEM AN  yANG    iSTIMeWA ....DalAm HiDup Ku...

cINtA  PerTAMa


Rasanya suma org kat dunia nie pernah melalui cinta pertama. Kekadang blh gak dikatakan cinta monyet. Mana tak masa tu masih lagi budak hingusan. Belajar pun blom habis tapi perasan nak berpasangan. Tapi bestkan masa tu...tak terfikir plak pasal dimadukan...ditinggalkan . Mana tak cinta budak2 putih bersih. Bila dpt surat, terus kenyang. Tak payah makan satu hari pun takpe. Skrg bila pndg ke depan...betul ker suma tu dah lama berlalu. Rasa baru macam semalam tertunggu surat cinta. Baru semalam tenggelam dalam angau tak bertepi. Onething kita suma ada saat yg gembira untuk dikenang ketika kita diselubungi duka. Nikmat yg kekadang kita lupa utk hargai....kenangan manis..
SETIAP orang memiliki kisah yang boleh dikongsi, baik tentang kehidupan maupun keseharian. Namun, tak banyak orang yang dapat berkongsi  cerita pribadi seperti sebuah kisah cinta.

Padahal, dalam sebuah hubungan cinta, akan lebih indah saat kita dan pasangan saling berkongsi cerita. Baik kisah cinta yang tengah dibina, maupun cerita-cerita yang telah berlalu dalam kehidupan seharian bersama.
“Setiap insan akan sentiasa mengingati akan cinta pertamanya dan mengenangnya kembali di lain waktu. Kenangan yang mengubah perasaannya yang paling dalam dan membuatnya bahagia
Meskipun kadang2 ianya  memang sangat menyakitkan “

Semua orang akan berkata bahwa cinta pertama adalah sebuah kisah yang tiada habis ceritanya kalau dikupas ...
Siapapun mereka, cinta pertama adalah cinta pertama. Tidak ada samanya. Meskipun begitu, cinta-cinta selanjutnya tetap punya ruang di hati setiap orang, dan membungkus kisah cinta pertama yang selama ini terpendam..hingga akhirnya terpendam lebih dalam.
Karena cinta pertama adalah cinta sejati , kesan-kesan dan segala memori yang indah akan bersemi lagi ketika mentari menyinari. Mentari cinta. Tidak ada hati yang sanggup menahan bunga-bunganya. Cinta-cinta selanjutnya akan mengalah. Walau sebentar. Dan aku juga punya cinta pertama. Pada waktu tertentu yang telah berlalu. Mengenangnya di waktu lain, seperti saat ini. Mengecap bahagianya dari hati yang paling dalam. Meski pun kadang2 ianya menyakitkan.

INi LaH CINTA PertaMa Ku....

Cinta ku pada seorang lelaki yang aku kenali sebagai ddy (panggilan ku padanya).Dialah lelaki yang telah bertahta di hati ku dan kini telah bergelar suami dan menjadi ayah kepada 2 putera dan 1 puteri buat diriku..seorang lelaki yang telah aku terima dan telah aku kahwini dengan penuh rasa cinta kasih, sayang keikhlasan dan kejujuran yang sepenuhnya dari lubuk hati dan sanubari ku. Aku terima segala kekurangan dan apa juga kelebihan yang ada padanya .Walapun aku sendiri tidak pasti apakah dia juga menyanggi aku dengan sepenuh hatinya..mengasihi aku dengan sejujur-jujurnya dan mencintai aku dengan seluruh jiwa raganya...namun apa pun yang pasti aku terima segala yang ada darinya dengan keizinan dan ketentuan dari allah. 
     Sepanjang perjalanan cinta pertama ku dengan nya banyak kenangan indah dah pahit yang aku  dan dia tempuhi..berbagai rintangan dan ranjau yang harus kami rentangi...kadang2 aku sendiri terfikir dimanakah kekuataan yang datang pada diri aku bila menghadapi saat saat keperitan itu...Tetapi bak kata pepatah "kalau dah jodoh itu tak akan kemana"


     Perkhawinan kami dihiasi dengan pelbagai warna dan corak..Adakalaanya perkhawinan kami penuh di hiasi dengan warna warna yang ceria, dihujani dengan ribuan kuntuman bunga yang bertaburan dan adakalanya perkhawinan kami diselubungi oleh awan mendung dan kesukaran ..ada kalanya sikapnya, perbuatanya membuat kan aku didalam kedukaan, kelukaan di hati, kecewa, hampa ....namun kerana ...KaU adALAh ciNTa pErTaMakU.... apa pun aku pasrah aku terima segala ketentuan yg telah ditetapkan untuk ku…kerana disaat aku bersetuju untuk menjadi isterinya aku ikhlas seikhlas dan sepenuh jiwa dan raga menerimanya…walaupun kdag kala aku terluka ,jiwa ku tersiksa, batin ku meronta dan merana namun demi anak2 ku aku akan gagahkan juga untuk meneruskan perkhawinan ini sehingga ke saat yang aku sndiri tidak pasti sampai bila aku boleh mempertahankannya….Wahai lelaki yang bergelar suamiku..cubalah kau terokai hati ini, hargai cinta pertama kita ini dan cubalah kau fahami dan mengerti hati ku, perasaan ku, keinginan ku dan impian ku terhadap mu……
            
            
       CinTa PerTamA Ku.......& ....ApaKah MunGKiN CinTA TerAkHiR





November 17, 2009

CuKuPkAh HaNYa MiNta MaAF ?....

“Abah... saya minta maaf?”
“maafkan saya yaaa ...?”
“sorry !!!!”
“maaf Ibu....saya tak  sengaja!!”


cukupkah hanya dengan minta maaf dengan kalimat.... “maaf" ?.....Aku sering terfikir...Sering tertanya-tanya didalm diri aku sendiri...

Untuk hal hal yang sifatnya ringan mungkin kalimat diatas bisa mewakili atau diterima, dan kita pun tentu akan memaafkan seseorang yang telah minta maaf dan telah menyesal atas perbuatannya. .. kerana allah saja maha pemurah dan maha memaafkan, kenapa kita tidak .....Tetapi akan lain halnya bila kita menjelaskan permintaan maaf kita, seperti :

- (some one) maaf kan saya yang telah menghancurkan  keluarga anda, atau
- (some one) maaf kan saya yang telah membuat keluarga anda kucar-kacir
- (some one) maaf kan saya yang telah mengambil barang-barang kamu....
- (some one) maaf kan saya yang telah menyakiti hati kamu berterusan...

masihkah akan kita maafkan bila kita perjelaskan niat permintaan maaf tersebut?, Jwabnya insya allah tunggu dan lihat dulu, kerana yang ini lain urusannya…. 
Sebenarnya ...
jika kita mengutarakan permohonan maaf secara lebih jelas  dengan  memperjelaskan  lagi maksud  permohonan tersebut, insya allah akan menghasilkan efek yang luar biasa. Sama seperti apabila ketika  kita melakukan istigfar dengan menyebut kalimat...

“astagfirullah hal adzim”.. yang ertinya  lebih  kurang bermaksud

“yaa allah … maafkan aku, maafkan dosa ku..”.

kalimat ini terasa seperti ucapan yang biasa diucapkan, permohonan maaf secara umum.

Tetapi akan terasa beza sekali auranya kelebihannya bila kita membaca istigfar ini dengan menambahkan (sambil baca dalam hati) atau menyebutkan kesalahan yang kita telah lakukan dimana kita minta maaf kepada allah swt. persebutkan satu persatu permohonan maaf kita, apa kesalahan yang telah kita  lakukan  dengan menyebutkan nya setelah kita membaca istigfar.Pohonlah dengan penuh kekesalan dan keinsafan dari dalam lubuk hati kita...tanpa  mengira waktu dan tempat...


CONTOHNYA  -  (lafazkan dengan pelan dengan penghayatan).....

- astagfirullah hal adzim – ya allah.. maafkan aku yang telah mencuri barang-barang kamu…saya janji tidak akan mengulanginya lagi..yaa allah
 

- astagfirullah hal adzim – ya allah .. maafkan kami yang telah kilaf yaa allah, semalam kami berbuat zina. ampunilah dosa kami yang sangat besar ini ya allah.. ampunilah kami yang bergelimang dosa ini ya allah….kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi…
 

- astagfirullah hal adzimyaa allah kami ini kotor, kami ini hina, kami ini rendah yaa allah… maafkan pikiran kami, otak kami, badan kami, jiwa dan raga kami yang kami gunakan tanpa seizinmu, tanpa rehdomu ya allah….


Semoga allah akan menerimanya.....INSYAALLAH......





<

KeTiKa NaMa TiDak AdA Di Hati...........

AkU TErFikIr...... 

      Apa yang membuat seorang suami dimana ia bekerja dari pagi hingga petang,sedikit sekali waktu untuk 
bertemu dengan istrinya,tetapi ia masih dapat menjaga perkawinannya dengan baik?
Sebaliknya apa yang membuat seorang istri sanggup menjaga diri, anak-anak dan harta suaminya ketika suaminya berada jauh dengannya?....

         Semua itu tidak lain adalah karena selalu ada …Nama di Hati.. Sehingga menimbulkan rasa cinta, rasa sayang, takut berkhianat dan selalu menjaga cinta itu agar tumbuh subur di dalam sebuah perkawinan.
Yaitu ketika dalam hati seorang suami melekat dan terus teringat pada istrinya, meskipun istrinya tidak berada di dekatnya, maka hal inilah yang mampu menjaga sikap dan perilaku seorang suami untuk tidak mengkhianati istrinya. 

    Begitu pula sebaliknya..Jika dalam hati sang istri senantiasa melekat nama sang suami,selalu teringat akan cinta suami,maka rasanya takut untuk berbuat kurang ajar/ berkhianat terhadap suami. Jika demikian apa yang akan terjadi? keluarga sakinah akan terwujud, perkawinan harmonis akan terjaga..

    Namun Jika Nama itu sudah tidak ada lagi di hati… maka apa yang bisa mencegah seorang istri/suami untuk tetap setia? Sama saja memiliki tetapi tidak merasakan dekat.. karena sudah tidak ada rasa cinta, rasa menghargai, rasa takut dan akhirnya merasa jauh..hambarnya sebuah perkawinan.

   Begitu pula dengan cinta kita kepada Allah, ketika nama itu tidak bersemayam lagi di hati, apa yang bisa mencegah kita untuk berbuat munkar? tidak ada! Kita akan semakin terus berbuat dosa. Tidak merasakan bahwa Allah itu dekat, padahal Allah itu ada..dan dekat . Tidak merasakan takut padaNya padahal Allah itu terus mengawasi dan Maha Melihat segala tingkah laku kita, baik yang zahir maupun yang batin....

  Dengan itu Biarkan allah dan nama orang yang kita sayangi sentiasa berada di dalam hati.....supaya kita tidak akan terus menyakiti, disakiti dan terus melakukan perkara yang munkar....... 




 

November 16, 2009

Di MaNa DaPaT Aku Cari .....(MaMa AKu RinDu PaDaMu...)



JUMAA'YAH SUPARDI......itulah seorang wanita yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan..dan melahirkan aku kedunia yang penuh dengan pancaroba ini  pada tanggal 15/12.....Inilah wanita yang telah membesarkan aku dan memberi aku penuh kasih sayng dan mengajar aku menjadi seorang perempuan yang tabah dan berani untuk menempuh hidup di dunia ini....
     Terlalu banyak kenangan yang indah dan sedih antara aku dan mama yang tidak dapat aku luahkannya disini..Sesungguhnya banyak yang mama telah tinggalkan pada aku untuk dijadikan kenangan..Sesungguhnya masih bnyak jasa mama yang belum dapat aku balas kerana terlalu cepat waktu dan hari yang berlalu..Terlalu cemburu alam ini terhadap perhubungan anatara ibu dan anak sehinggakan mereka telah mengambil mama begitu cepat dari aku...

     Tanggal 26hb 12 1990 adalah hari yang tidak dapat aku lupakan sehingga ke akhir hayat ku..pada waktu itu lah allah telah mengambil mama dari sisi ku...mama telah pergi di atas pangkuan aku..masih aku terbayang akan detik dan waktu di saat mama pergi..."Oh tuhan sesungguhnya terlalu cepat kau ambilnya dari aku, masih terlalu banyak yang aku perlukan darinya....masih terlalu kurang pengorbanan dan balasan yang aku beri padanya di atas segala jasa dan pengorbanannya pada ku selama ini....mengapa harus kau ambilnya di saat saat aku masih memerlukannya...." Namun apa yang terjadi telah terjadi..dan kini hanya tinggal kenangan ,kasih sayang dan pengajaran mu yang masih kekal di hati ini....
 

Mama, dengarlah keluhan hati anak mu ini...
   
       Mama sejak pemergian mu, semenjak kau tinggalkan anakmu ini sendiri di dunia ini...terlalu banyak ranjau dan duri yang harus aku tempuhi sendiri..terlalu bnyak penderitaan yang harus anak mu hadapi..terlalu bnyak kenangan pahit yang anakmu ini simpan dihati...Mama aku terlalu rindu kan mu...aku terlalu rindukan belaian kasih dan sayang seorang ibu..aku terlalu rindu kucupan dan kata penuh kasih , sayang dan nasihat dari seorang ibu aku perlukan kata kata perensang dari mu untuk  meneruskan hari hari yang mendatang...Dimana kah kau mama..dimana....Tahukah kau bahawa sehingga ke hari ini aku masih tercari cari , ternanti nanti dan terharap dan terus mengharap akan kasih sayang dari seorang wanita yang boleh ku gelar ibu...Namun hampa ....aku kecewa...aku sedih ..kerana tiada sapa pun yang sudi memberi aku sekelumit kasih sayang seorang ibu...Walapun aku telah temuinya sebelum ini  seorang insan yang ingin ku gelar ibu, ingin ku menumpang sedikit ruang dihatinya untuk aku berteduh dan menagih kasih seorang ibu...ingin aku memcurahan rasa kasih dan sayang sebagai seorang anak untuk mengantikan seketika dirimu yang telah tiada..ingin aku menumpang untuk menguncup dahinya sbagai penganti dirimu yang telah tiada.... Namun apakan daya kehadiran ku tidak disenangi, niat aku telah disalah ertikan..keihklasan ku telah dipelekehkan...aku menangis mama..menangis kerana menyesali atas apa yang telah terjadi...namun aku tak akan berhenti mencari...aku akan terus mencari kasih sayang mu dengan memohon pada ilahi...Ku panjat kan doa kepada allah setiap kali bila aku merindui mu, Ku sedekahkan al-fatihah setiap kali bila aku terasa rindu pada mu...ku bersujud pada allah bila aku terasa ingin kan belaian mu...Ku memohon padanya agar pertemukan aku dgn mama didalam mimpi2 ku yang indah....
        MaMa....Kepohon pada allah semoga kau diletakan disisi orang2 yang beriman dan solehah...Aku pohon kepada allah agar ia ampunkan segala dosa dan kesilapan ku pada mu selama ini...Ku berdoa pada allah agar 1 hari nanti kita akan dipertemukan kembali......SESUNGGUHNYA RINDU KU PADA MU TIDAK TERTAHAN OLEH KU LAGI.....

...." Ya allah berilah aku kekuataan menghadapi segalanya, berilah aku ketabahan , berilah aku kesabaran, berilah aku kesetiaan terhadap suami ku...berilah semangat. dalam meneruskan kehidupan ku ini selagi aku masih bernafas....seperti mana kuat ,tabah, sabar dan  setianya  mama sewaktu hayatnya "

..Sesugguhnya MAMA adalah wanita yang paling tabah pernah aku temui di dunia ini.....
..MAMA.......aku sayang... aku rindu ..aku perlukan mu....ABADILAH KAU DENGAN TENANG .....amin..amin ..yarabilalamin.... 


 
LAGU UNTUK MAMA KU.......
(TIADA DIDALAM DUNIA CINTA SESUCI MAMA...)