..15 DeCeMbEr ...DaTaNg LaGi..
... 15 december datang lagi...alhamdulillah kerana aku masih lagi boleh menyambut hari kelahiran aku tahun ini bersama dengan anak anak aku yang tersayang...Walapun terasa jugak kesedihan kerana beberapa perkara.. namun aku bersyukur kehadrat allah kerana anak2 aku tak pernah melupakan aku dihari kelahiran aku...Terima kasih sAYanG kerana sentiasa menghargai umi dihari ini...Walapun pemberiannya tak seberapa namun cukup untuk memberi aku satu kejutan di pagi hari...Mereka sanggup berkongsi duit hanya untuk memberikan aku hadiah dan sejambak bunga walaupun tak seindah dan secantik susunan bunga dari kedai bunga..tetapi aku bangga, aku bahagia sehingga tanpa aku sedari menitik airmata ku mengalir keluar ketika menerima pemberian mereka...Ya ALLAH terima kasih atas anugerah yang amat bermakna yang telah engkau berikan pada ku...dan kalau korang nak tau youtube diatas adalah dari anak aku yang bongsu..dia suruh aku tengok sebab katanya dia tak dapat nak beri aku kad jadi dia beri aku video youtube itu aja...hahaha...thanks sayang ..its really make me happy went i watch this youtube....
Buat Suami ku terima kasih diatas ucapan mu pada malam itu....walaupun kau tidak dapat memberi aku apa-apa namun dengan kesudian mu menerima aku sebagai isteri mu sehingga ke hari ini cukup bererti dan ianya merupakan sebuah pemberian hadiah darimu untuk aku yang tidak mungkin dapat dicari ganti (walaupun telah banyak kesalahan dan kesilapan yang aku telah lakukan padamu sepanjang perkhawinan kita..) Thanks DDY
Buat Seorang insan bernama TeMAN..thanks for the wish walaupun kau jauh masih ingat akan tarikhnya...Dan TERIMA KASIH diatas HADIAH yang telah kau berikan pada aku diHARIJADI ku tahun ini...Walaupun ianya PeRiT buat aku, walapun ianya menambah kan KeLukAAn di hati ini...namun aku tetap MenGHARGainya demi erti sebuah PERsaHABaTAN..Semoga dirimu akan terus bahagia dengan kebahagian yang kau kecapi sekarang....
Buat Seorang Insan Yang aku anggap sebagai seorang KAKAK...walaupun kau tidak mengucapkan apa2 pada aku di hari lahir ku...namun kesudian mu membalas sms dan email yang aku kirim kepada mu dan mengatakan bahawa aku kini merupakan salah seorang dari teman mu telah cukup membuat aku gembira....dan mungkin diri mu masih belum menerima perhubungan ini dengan sepenuhnya namun aku rasa bahagia dan akan sentiasa mengigati mu setiap kali tarikh lahir mu yang hanya selang sehari dari tarikh hari lahir ku...Buat KAK NUM...apa pun yang terjadi aku tetap akan mengigati dan menyanggi mu sepanjang hidup ku...SEMOGA KAK NUM SENTIASA DIRAHMATI ALLAH...doa dari ku sentiasa mengiringi mu didalam solat ku...insyallah...
YA ALLAH SEMOGA AKU DIBERI PELUANG UNTUK MENYAMBUT TARIKH LAHIR KU DI TAHUN DEPAN DENGAN LEBIH KEREDHAAN DARI MU BERSAMA ORANG2 YANG AKU SAYANGI DISEKELILING KU...AMIN AMIN YARIBIL ALAMIINNNN.....
Happy birthday to you again.......... tak tau nak cakap apa lagi.
ReplyDelete