December 17, 2009

SeLaMaT MeNYaMBuT "MAAL HIJRAH" 1431

Bismillah…
3142944965_849327b7ca

Salam buat para teman semoga  dirahmati Allah…


Tahun baru menjelang lagi...Satu lagi buku baru dalam kehidupan kita akan ditulis.Satu lagi corak baru akan terbentuk didalam buku kehidupan kita.Namanya kita manusia takkan pernah lepas dari ujian dan cabaran…apapun itulah nama “HIDUP”…ALIVE!

Setiap yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersendiri…yang penting KESEDARAN dari dalam untuk terus menggorak langkah dan tidak terus MEMBENARKAN DIRI terbelenggu dengan memori mahupun kesakitan silam. BERANI untuk melakukan TRANSFORMASI atas platform Allah bukannya manusia, insyaAllah pasti perjuangan akan lebih manis, indah dan lancar. Semoga kedatangan MAAL HIJRAH ini akan membuahkan seribu keindahan mengiringi perjalanan semua…

Kerjaya, pengamatan, penerokaan dan kehidupan menemukan saya pelbagai rencam suka duka perjalanan insan. Tidak dinafikan pengalaman silam, gaya asuhan,  latar belakang, pendidikan , kepercayaan, persekitaran mempunyai kaitan langsung dengan pola kehidupan manusia. SATU KEAJAIBAN yang saya temui…dan mengingatkan saya betapa benar janji Allah “KEREDHAAN ALLAH BERADA DI DALAM KEHIDUPAN SETIAP MANUSIA"

SATU persoalan yang satu ketika misteri …hari ini manusia cenderung mengejar duniawi sehinggakan untuk menghidup RUH kesinambungan pergantungan pada kekuasaan Ilahi makin pudar…kenapa yer?

Jawapannya DOA…itu yang saya belajar selama ini dimana saya sendiri baru mula menyedarinya kini... SATU HIKMAH & PENGAJARAN apabila diuji dengan ujian kasih, kehilangan, kematian, musibah penyakit, kewangan…konflik dan sebagainya mendekatkan diri kita pada Allah YANG MAHA BERKUASA. Emm…betapa BESAR sebenarnya peranan DOA yang dimainkan dalam kehidupan.

Teringat  saya kisah yang pernah abah kongsikan pada saya ...sebuah  kisah seorang isteri yang sebelum ini begitu tulus, ikhlas dan bersabar mendoakan kebaikan serta keinsafan buat suami yang tercinta. Pangkat, harta dan kemewahan duniawi adakalanya boleh menjadi perangkap yang membawa kepada kemurkaan Allah dan itulah yang terjadi, Nauzubillahminzalik! Kemewahan yang dimiliki menjadi platform untuk si suami berubah sikap sehingga terlupa akan tanggungjawab kepada anak dan isteri  hinggalah ditakdirkan satu ketika sebagaimana dijanjikan Allah setiap perbuatan akan diberi pembalasan maka si suami dapat tahu si isteri yang selama ini begitu setia kepadanya mencari teman lain untuk menghilangkan rasa kobosanan dan kesunyian dihati kerana sering diabaikan oleh sisuami..Disaat itu baru beliau tesedar atas segala sikap dan perbuatanya selama ini...kerana rasa keegoaan dihati terlalu tinggi maka sisuami meninggalkan anak dan isteri kononnya untuk mencari penyelesaian dan bermunajatkan diri.Setelah berpuas hati dan merasakan diri telah mendapat keputusan yang dicari maka sisuami lantas sepantas kilat beliau bergegas kembali ke rumah waktu dinihari kononya untuk memberi kata putus pada si isteri.. tetapi alangkah terkejutnya beliau ketika itu apabila pulang didengar dan dilihatnya si isteri yang turut sama menyesali atas segala perbuatanya selama ini  ini sedang bermunajat mengadu kepada Ilahi atas segala apa yang terjadi . Tiba-tiba timbul rasa kesedaran dan kekesalan dihati sisuami bila melihat perbuatan isteri sebegini..barulah sisuami sedari bahawa segala perbuatan siisteri tadi bukanlah atas kehendahnya sendiri tetapi adalah kekrana keksilapan sisuami itu sendiri...kerana selama ini  dirinya yang seharusnya menjadi tunggak kelurga mengabaikan segala-galanya...Sisuami terus memeluk isteri dan sama-sama menangis diatas sejadah kerana menyesali atas segala apa yang terjadi...dan Alhamdulillah DOA TULUS isteri yang selama ini ingin kan sisuami supaya sedar dan kembali akhirnya dijawab Allah swt, pada usia yang merangkak senja akhirnya si suami bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Ilahi.dan sama-sama membimbing anak dan isterinya kejalan yang diredhai...DAN kisah inilah yang telah menyedarkan aku atas segala kesilapan yang pernah aku dan suami lakukan...dan alhamdulillah kini kami sama-sama memperbetulkan segala kesilapan yang telah dilakukan...Semuanya dengan berkat  doa dan keizinan dari ALLAH...
 

PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN

Tahu kah kita betapa besarnya peranan sebuah DOA,

DOA isteri boleh menyelamatkan suami, DOA ibu boleh menyelamatkan anak dan membantu kecemerlangan hidup anak yang dikasihi, yang HILANG PEKERJAAN kini mendapat kerja dll.Kalian sudah  berdoa untuk insan yang di sayangi hari ini? Ada banyak lagi sebenarnya KEAJAIBAN doa ini. Betapa PENTING sekali peranan doa dalam kehidupan. Dewasa ini, jika diperhatikan banyak masalah serta konflik kehidupan yang berlaku antaranya masalah rumahtangga dimana kurang komunikasi, tidak harmoni, kurang kasih sayang , anak-anak terbiar, bermasalah, lari daripada rumah, degil, keras hati, kurang beradab, tidak mencintai ilmu,tidak mencintai Allah, tak minat belajar lebih senang berpeleseran dan berhibur dengan momokan sekularisme yang melalaikan dan pelbagai lagilah. NAK TAHU ANTARA FAKTOR penyumbangnya juga adalah…KURANGNYA DOA, mungkin juga kurang berdoa untuk kebahagian dan ketenangan dalam REDHA Allah…dan tak lupa REZEKI yang diberkati. Penting sebenarnya keberkatan REZEKI ini, walaupun sedikit jika berkat hati pasti sejahtera berbanding jika banyak sumber tidak halal…kotor…pasti PANAS dibuatnya itu yang jadinya kurang sejahtera kadang.

Itulah yang saya belajar …kerana saya sendiri sebenar masih terus belajar.Dewasa ini manusia lebih cenderung memilih kesibukan yang bersifat materi sehinggakan terkadang untuk menghidupkan ruh kasih sayang dan hubungan dengan Allah itu terbiar sepi.DOA ITU SENJATA MUKMIN…DOA ITULAH YANG MENGHUBUNGKAN KITA DENGAN PENGUASA & PENTADBIR YANG PALING AGUNG maka kalau hubungan itu tidak terbina, tidak dijalinkan harus bagaimana untuk menikmati pentadbiran kehidupan yang sejahtera, bahagia,  harmoni dan diberkati.


Maka MORAL VALUEnya di sini ~ Jangan lupa mendoakan insan-insan yang di sayangi dalam kehidupan & bytheway kalau tak sayang pun doakan juga kerana apa  jangan  tak tahu pula kadang sebab lupakan nak doakan insan yang  kurang sayang @ tak sayangtu hidup boleh haru-biru juga. Contoh mudah pasangan yang bercerai hidup perasaan dendam, marah, benci menguasai diri maka kadang adajer halnya mencari pasal ~ perebutan hak anak,berebut harta sepencarian dan sebagainya. So para sahabat teruskan berdoa, perbaiki skrip doa , hadirkan RUH bila berdoa dan jangan sesekali berputus asa akan rahmat Allah insyaAllah mudah-mudahan kalian mampu menikmati impian yang kalian inginkan.


Hanya untuk renungan diri sendiri juga buat sahabat-sahabat yang ingin berkongsi dengan ku...Semoga tahun MAAL HIJRAH yang akan datang ini akan membawa seribu kerahmatan dan kesejahteraan dalam hidup kita semua...Buat teman-teman ku diluar sana ...semoga kita akan sama-sama cuba merobah kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan dipenuhi dengan doa yang penuh dengan kesejahteraan dari orang-orang disekeliling kita...

..15 DeCeMbEr ...DaTaNg LaGi..




... 15 december datang lagi...alhamdulillah kerana aku masih lagi boleh menyambut hari kelahiran aku tahun ini bersama dengan anak anak aku yang tersayang...Walapun terasa jugak kesedihan kerana beberapa perkara.. namun aku bersyukur kehadrat allah kerana anak2 aku tak pernah melupakan aku dihari kelahiran aku...Terima kasih sAYanG kerana sentiasa menghargai umi dihari ini...Walapun pemberiannya tak seberapa namun cukup untuk memberi aku satu kejutan di pagi hari...Mereka sanggup berkongsi duit hanya untuk memberikan aku hadiah dan sejambak bunga walaupun tak seindah dan secantik susunan bunga dari kedai bunga..tetapi aku bangga, aku bahagia sehingga tanpa aku sedari menitik airmata ku mengalir keluar ketika menerima pemberian mereka...Ya ALLAH terima kasih atas anugerah yang amat bermakna yang telah engkau berikan pada ku...dan kalau korang nak tau youtube diatas adalah dari anak aku yang bongsu..dia suruh aku tengok sebab katanya dia tak dapat nak beri aku kad jadi dia beri aku video youtube itu aja...hahaha...thanks sayang ..its really make me happy went i watch this youtube....


Buat Suami ku terima kasih diatas ucapan mu pada malam itu....walaupun kau tidak dapat memberi aku apa-apa namun dengan  kesudian mu menerima aku sebagai isteri mu sehingga ke hari ini cukup bererti dan ianya merupakan sebuah pemberian hadiah darimu untuk aku  yang tidak mungkin  dapat dicari ganti  (walaupun telah banyak kesalahan dan kesilapan yang aku telah lakukan padamu sepanjang perkhawinan kita..) Thanks DDY 


Buat Seorang insan bernama TeMAN..thanks for the wish walaupun kau jauh masih ingat akan tarikhnya...Dan TERIMA KASIH diatas HADIAH yang telah kau berikan pada aku diHARIJADI ku tahun ini...Walaupun ianya PeRiT buat aku, walapun ianya menambah kan KeLukAAn  di hati ini...namun aku tetap MenGHARGainya demi erti sebuah PERsaHABaTAN..Semoga dirimu akan terus bahagia dengan kebahagian yang kau kecapi sekarang....


Buat Seorang Insan Yang aku anggap sebagai seorang KAKAK...walaupun kau tidak mengucapkan apa2 pada aku di hari lahir ku...namun kesudian mu membalas sms dan email yang aku kirim kepada mu dan mengatakan bahawa aku kini merupakan salah seorang dari  teman mu telah cukup membuat aku gembira....dan mungkin diri mu masih belum  menerima perhubungan ini dengan sepenuhnya namun aku rasa bahagia dan akan sentiasa mengigati mu setiap kali tarikh lahir mu   yang hanya selang sehari dari tarikh hari lahir ku...Buat KAK NUM...apa pun yang terjadi aku tetap akan mengigati dan menyanggi mu sepanjang hidup ku...SEMOGA KAK NUM SENTIASA DIRAHMATI ALLAH...doa dari ku sentiasa mengiringi mu didalam solat ku...insyallah...


YA ALLAH SEMOGA AKU DIBERI PELUANG UNTUK MENYAMBUT TARIKH LAHIR KU DI TAHUN DEPAN DENGAN LEBIH KEREDHAAN DARI MU BERSAMA ORANG2 YANG AKU SAYANGI DISEKELILING KU...AMIN AMIN YARIBIL ALAMIINNNN.....

December 14, 2009

HanGatNya CiNtA...

LoVe ThE LyRic..

December 11, 2009

***JeRAt***

....AaAaaHHH...AtLaSt..AKu JumPa Lagu nIe..
It's  4  SoMeOne....(WhO Knew Me For A LoNg TiMe..)It's make me think of him when i heard this song!!



Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana
Tiada ragu lagi tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki
Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kau mengkoyak dinding keangkuhanku
Kauciptakan rindu
Kau buat hatiku terjerat tali cinta

Resah...resah...
Pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu

Mimpi...mimpi...
Kan terasa oh..sepi
Bila kau tiada
Tampakkan senyummu 



BuT  NoW It'S All  JusT In My DrEam's.!!!

December 10, 2009

SurPriSe...!!!!



HAHAHA....dah lama hubibie aku tak tujukan lagu pada aku..tiba-tiba hari ini dia sms aku suruh dengar radio SiNaR dan dengar lagu ini...katanya untuk aku....Waaaa....terkejut aku dibuatnya..ialah dah berapa lama sejak dari aku kawin hinggalah ke hari ini tak pernah pun dia nak bagi aku lagu...asyik asyik aku aja..tpi aku tak kisah..Tiba tiba plak...emmmm pelik jugak itu...so aku pun terus cari youtube lagu ini dan masuk dalam blog...(for me to always remember the day n the date...hahaha)But apa pun ThaNks Dear For The loveLy Song.......!!

December 8, 2009

...3   MaGi WoRds ...
 ...I   lOvE   YoU...

Mempunyai 1001 macam maksud dan makna yang tersurat dan tersirat

Boleh Mentafsirkan 1001 makna kepada setiap rupa persahabatan atau perhubungan

Semuanya terletak pada diri kita untuk menilaikan erti dan maksud nya...


Lagu  Ini  Khas Pada  Yang Sentiasa Dekat di hati Dan Bermakna Dalam kehidupan Ku







December 7, 2009

RaYa KoRbaN DaTang LaGi...(2009)..
Seperti tahun tahun yang lalu ..aku diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan hari raya korban pada tahun ini...menyambutnya bersama-sama orang yang tersayang....Selalunya pada tahun-tahun yang lepas aku akan menyambut kedatangan hari raya korban bersama sama dengan ahli keluarga, adik beradik dan juga ipar duaiku....memang kadang kadang ianya agak memenatkan...namun kali ini aku sambutnya dengan cara yang berlainan..cara yang telah lama aku impikan ...HAHAHA akhirnya tercapai juga impian ku...Bukanlah aku jemu menyambutnya bersama sanak saudara kaum kerabat dan ipar duia tetapi ada kalanya aku ingin menyambutnya dengan orang2 yang aku sayangi aja..dan akhirnya pada tahun ini 2009 aku berjaya dan dapat menyambutnya hanya dengan suami ku serta anak-anak teruna dan dara ku....Emmm walaupun tak ada lemang, ketupat atau makanan yang biasa kami makan dihari raya seperti tahun tahun yang dulu..namun aku dan anak2 gembira...kami enjoy dengan sambutan raya korban yang kami sambut tahun ini...Dan tahun ini yang menjadi korbannya adalah...DUIT SUAMI KU....hehehe..(kecian jgak dengan dia) tapi tak apalah ddy .... bukan selalu pun ......apapun..ThAnKS to YoU DeAr For ThE  LoVely  VacAtIOn...Walaupun tak semewah orang lain, bukan menginap di hotel-hotel 5 star, tidak makan di restoran2 yang mewah namun aku dan anak2 tetap HaPPy.....Terima kasih allah kerana memberi aku dan anak2 kenikmatan ini....... 





 ......diBiliK HoTel D99....MalaM PerTamA saMpaI di MuaR.....


Me..N My HuBiBie.......


 
...SeMPat LaGi BeRPosIng SeBeLUm NaK ChEK OuT... 

HoTeL D99....The PriCe is REasoAnaBle  N  ThE BreaKFasT Is NiCe.....


 




....ChEcK in HoTel LaIn......PoSiNg DuLu SeBeLuM peGi maKaN MaLam ....


.....seLePaS BrEaKFAst JaLaN-JaLaN TePi SUnGaI MUar....ATas RuMaH PeLaNtAr AhLi KeLaB NeLaYaN......


...MuAr TrAdERs HoTeL.....ThE Rooms Is NiCe  BUT  ThE  BrEakFaSt Is Lousy


On ThE WaY BaCk........WaaaaaaH....... KuPang, LoKan, SiPut...... SamPai RumAH TeRus ReBus CiCaH DeNGan AiR AsAm.....YuM..Yum...Yum...