January 15, 2010


PERSEPSI KU TERHADAP CINTA..



Cinta Itu Pengorbanan

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya..dan di saat kehilangan, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.Jadi jika kita mencintai seseorang, kita hendaklah  sentiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Dan satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.




Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan tersebut.Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.




Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.Ingatlah bahawa kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya......

KERANA ITU SEBELUM KITA MENCARI CINTA SESAMA MANUSIA CARILAH DULU CINTA KITA KEPADA ALLAH..."CINTA YANG AKAN KEKAL DAN ABADI"

No comments:

Post a Comment