March 1, 2011

....KeSenTuHan Hati Yang MeMBawa KeInSafAN DiDalAM DiRiKu...




...Bila melihat video klips ini ..hati ku merasa sungguh tersentuh sehingga mengalir airmataku melihat kekuatan yang ada didalm diri "Kuching " ini..Keteguhan yang ada didialam dirinya adalah seteguh dan seindah nama yang diberi oleh tuannya.....(semoga allah membalas budi baik tuan yang telah mengambil dan memeliharanya...amin)...

.
...BuAT SeOranG TeMaN BaRU...

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan dan telah banyak kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran..  hidup akan sentiasa menjadi mainan orang, Berpisah adalah satu keadaan yang harus di-elakan tetapi tak mungkin ter-elakkan. Adakah bersatu dengannya adalah ilham Yang Maha Esa dan juga dorongan diri


Tetapi tidak mustahil ini berlaku kerana rasa hormat, kagum dan mula terasa sayang sebagai salah seorang teman terhadapnya kerana keikhlasanya, mulia hatinya, didikan yang sempurna dari kedua orang tuanya , senyuman dan kecantikan yang jernih dan sifat semula jadi yang dia miliki, membuat aku benar-benar ingin mengenalinya. Setia dan kejujurannya membuat aku lupa akan kedudukan aku yang sebenarnya dia ditakdirkan bersama kau, dia akan kembali. Kembali pada mu ya Ilahi!!


Perbezaan peribadinya membuat aku terpikat denganya. Dirinya tidak berlagak kacak tetapi menarik perhatian. Dia yang sederhana sikapnya dan sifatnya, tetapi menawan hati, kerana dalam perangainya itu nampak kejujuran dan kesetiaan yang terjalin rapat. Dirinya tidak seumpama sekeping potret yang bagus bingkainya tetapi lukisanya tidak hidup dan tidak berseni


Alam yang maha luas ini adalah kitab, syair, lukisan, ukiran dan bangunan yang penuh keindahan. Tiada terbatas ilmu dan kekuasaan Penciptanya. Setiap yang indah itu dicintai, tetapi apa akan daya aku tidak berupaya hendak berkata-kata, aku kelu kerna ilmu yang tinggi yang diperolehi jauh lebih berharga dari aku yang tidak seberapa.


Sejak aku bertemunya aku tidak lagi seorang yang hidup tampa arah, satu ketika dahulu aku tidak berupaya memilih jalan bahkan tidak dapat membuat keputusan. Dirinya adalah pilihan yang paling nekad dan jitu aku buat. Jangankan lelaki biasa nabi pun merasa sunyi tanpa wanita, tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syuga? Namun Adam tetap rindu pada hawa. Di jadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok


Aku pernah gagal tapi aku tak pernah fikir kegagalan  pertama itu lebih baik dari yang kedua. Aku sedar yang terjadi satu ketika dahulu pada diriku adalah ketentuan Yang Maha Esa¡ Aku telah berputus-asa untuk mempercayai atau mencari teman atau rakan  lagi, tapi setelah aku teliti gerak-geri dirinya hati aku tercuit untuk berkawan  denganya kalau ada rezeki dan ruang.


Aku tidak serupa dengan orang lain, meskipun aku tidak mengaku aku yang lebih bagus. Tangan yang di atas lebih baik dari di bawah, lebih baik memberi dari meminta Adakalanya aku fikir lebih baik berterus terang apa yang terbuku di hati dan tidak bermain di sebalik layar-perak, tidak lain di mulut dan lain di hati, tapi apakah dirinya akan terima?? Dalam kehidupan seharian keikhlasan itu penting, ianya bukan barang dagangan.


Aku juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang teman yang aku minati, teman itu tak semestinya cantik atau kacak. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah aku menyukai akan dirinya kerana dia mempunyai banyak persamaan denganku samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama


Aku sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh akan dirinya. Aku cuba menonjolkan sikap kesungguhanku untuk mengenali  hatinya dan budinya. aku masih ingat kalai pertama aku ingin megenalinya dan menemuinya aku resah bila berhadapan dengan situasi  itu...Bila aku cakap direct to the point dalam sesuatu hal, aku sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan dirimu memahami maksudnya. Mungkin aku yang nampak 'desperate'.


Aku bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, aku harap dirinya janganlah mengharapkan semua yang hebat dari aku. Aku juga normal dan mempunyai kelemahan!
Namun apa yg aku harapkan dirinya akan menerima aku seadanya sebagai teman yang akan sentiasa berada dibelakangnya walau apa keaddannya sekali pun...


Orang tua-tua pernah berkata bila kita  didepan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia. Aku rasa begitu senang , tenang dan seronok bila meluangkan masa  bersama dirinya dan teman ku yang lain walaupun usia perhubungan kita baru setahun jagung


Perbezaan kita umpama jari tangan yang besar dan yang kecil, panjang dan pendek. Sama-sama memberi kekuatan dan kelemahan untuk menggenggam kejayaan. Membina dan meruntuh.


Seribu senyuman belum tentu menawan hati. Satu ejekan sudah cukup menimbulkan rasa benci, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.,Kesenangan pada hemat dan berkat, ketenangan pada ibadat dan khimat. Untung dunia, untung akhirat, akrab dengan tuhan, rapat sesama insan. Teknologi dan hati umpama jasad dan nyawa. Sistem canggih perlukan hati yang bersih.


I will give you more than you expect and do it cheerfully. Be friend with  a woman/man you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other. Don't believe all u hear, spend all you have and sleep all you want. 


When i say "l love you", do you know i mean it. When you lose, don't lose the lesson. For me I respect for others, responsibility for all your actions. I Don't want a little dispute injure a great our relationship. If you realize I've made a mistake, take immediate steps to correct me
Hati yang terluka umpama besi bengkok walaupun diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya...Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.,Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..,Dalam kesempitan hidup ada kekusaan ilmu...,Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Dikau tidak perlu ragu-ragu akan keikhlasanku berikan padamu.


Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inciboleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki..,Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan sesorang insan  itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan seseorang insan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan seseorang insan  itu cantik di atas dasar akhlaknya.

April 13, 2010

..SAmPai biLA .(duhai insan yg kupanggil temaN )


Apakah sebenarnya yang aku cari di dalam kehidupan ini...kadang2 aku sndiri tidak tahu ..apakah yang aku mahu dan apakah yang masih aku tercari2 didalam diri ku.....tetapi apa yang pasti dan yang dapat aku rasakan kadang kala diri ini merasa kosong, sunyi, sepi  dan  penuh dengan kepedihan dan kelukaan di hati...tetapi dari siapa , untuk siapa , dengan siapa dan kenapa aku pun tak pasti....
Yang pastinya aku rasa kecewa, aku rasa hampa, aku rasa pedih aku rasa kesal di atas kebodohan aku sendiri...itu lah yang aku pasti...KEBODOHAN AKU KERANA MENCINTAI DAN MENYANGGIMU YANG TAK SEPENUHNYA  AKAN MENJADI MILIKU ... lelaki yang begitu aku sayangi  hingga terlalu sukar untuk aku meninggalkannya walaupun hati ku, perasaan ku, jiwa ku sering tersiksa, sering merana, sering terluka kerana MENCINTAI ,MENNYANJUGGI  dan MENYANGGImu .....kenapa kah kebodohan ini menjerat diriku...mengapakah kebodohan ini sering menyeksa jiwa dan perasaan ku...mengapa, mengapa dan  mengapa.....
Aku ingin lari...lari sejauh yang boleh dari mu...aku ingin pergi...pergi yang mungkin tak akan kembali lagi kepada mu...aku ingin melupakan...melupakan dirimu terus dari ingatan ku buat selama lamanya ..namun mengapakah terlalu sukar untuk aku melakukan nya...kenapakah terlalu sukar untuk aku melepaskannya...
mengapakah makin kuat untuk aku melupakan mu makin kuat kau hinggap dihatiku...makin kuat kau terbenam didlam lubuk hati ku..makin kukuh ingatan ku terhadapmu....kenapa, kenapa dan kenapa...
Aku terlalu tersiksa, aku terlalu terluka, aku terlalu kecewa setiap kali bila teringatkan kemesraan antara kau dan dia..(walaupun ianya telah lama berlalu)...aku sering menangis, menangis didalam hati...menangis didalam tidurku..menangis didalam kegembiraan ku...menangis disebalik kebahagiaan ku yang penuh dengan kepura2an......menangis..menangis dan sampai bila aku akan terus menangis aku sendiri tidak pasti...
Mengapakah tuhan menguji cinta ku , kasih ku, sayangku, kejujuranku, ketulusan ku, keikhlasan ku terhadap persahabatan antara kita berdua sehingga sekejam ini...mengapakah tuhan tidak menetapkan sahaja dihatiku untuk menerima mu seperti insan2 yang lain...mengapakah tuhan tidak menutup pintu hatiku untuk terus  menyanggi mu,menaruh pengharapan terhadapmu...mengapakah tuhan terus menguji aku dengan kelukaan yang ia sendiri sudah tahu betapa parah, betapa terluka dan betapa peritnya yang sedang aku tanggung sekarang....Puas aku cuba memujuk hatiku, perasaan ku, jiwa ku, naluriku dari terus mencintai dan menyanggi mu tetapi sering KEGAGALAN yang datang kepada ku...apakah ujian yang harus aku tempuhi untuk melepaskan mu...tidak cukupkah dengan apa yang telah aku lalui dan aku lihat sebelum ini...
Apakah masih tidak cukup lagi aku melihat gambar2 kemesaraan di antara kau dan dia selama ini..tidak cukup lagikah dengan apa yang telah tuhan tunjukkan kepada ku dengan layanan yang kau beri pada ku sewaktu kau dan dia disaat bahagiamu...tidak cukup lagikah dengan segala perlakuan dan perbuatan mu terhadap ku selama ini...tidak cukup kah lagi duhai HATIKU..PERASAANKU, JIWAKU....untuk memahami dan menerima hakikat bahawa dirimu bukanlah ditakdirkan untuk ku.....TIDAK CUKUPKAH ITU SEMUA...
Tahukah oleh mu duhai hatiku...perasaanku...jiwaku..dan naluriku..bahwa setiap kali mataku menatap gambar2 kemesaraan antara dirimu dgnnya..airmatuku mengalir,sedangkan kau sendiri wahai HATIKU..terasa akan robeknya ...PERASAANKU terasa akan kepedihannya...JIWAKU terasa akan kekecewaannya...dan NALURIKU sendiri terasa betapa hina dan kerdilnya nilai PERHUBUNGANku terhadapmu selama ini.....apakah aku masih lagi tidak sedar dan masih lagi tidak terjaga dari segala khayalan yang bermain didalam diri...kenapa...mengapa ...dan sampai bilakah aku akan terbangun dari mimpi yang panjang ini...
Setiap kemesraan , layanan , perbuatan antara kau dan dia telah cukup untuk membuktikan betapa bezanya antara aku dan dia selama ini...betapa jauhnya perbezaan itu....
Dan telah jelas terbukti diantara aku dan sidia siapakah yang sebenarnya telah berjaya menawan hatimu....siapakah yang sebenarnya telah bejaya mencuri hatimu , telah membuka kunci dihatimu....apakah aku masih tidak menyedarinya.....HAHAHA...tidak sebenarnya...SBENARNYA telah lama aku tahu, telah lama aku sedar dan telah lama aku  nampak..tetapi kerana kebodohan lebih kuat menguasai hati, perasaan,jiwa dan fikiran ku ...maka kerana itulah sehingga kini aku masih terus mengharap dan terus berharap...hanyut dengan angan-angan dan impianku sendiri...terlena dengan mimpi2 yang dibuai dengan penuh keindahan bersamamu...namun kalau inilah yang dapat memberikan aku kebahagian....memberi aku kekuatan....memberi aku ketabahan dalam menempuh segala rintangan dan ranjau didalam kehidupan ku....maka aku akan terus berkayuh dan berkayuh sehingga satu hari nanti aku akan berlabuh di suatu pantai yang aku sndiri tidak pasti dimanakah penghujungnya.......
Buat dirimu yang masih berlabuh dihatiku...aku akan terus menerima segala yang kau berikan kepadaku...andainya aku hanya layak untuk menerima kedukaan darimu aku akan telan semuanya walaupun ianya sepahit madu seumpama racun.....andainya aku layak untuk menerima kegembiraan darimu akan ku simpan dan ku pahatkan ianya di lubuk yang paling dalam dihatiku...andainya diriku hanya layak untuk menjadi tempat mu berteduh aku sedia memayungmu sehingga dirimu bertemu pohon yang rendang dan penuh dengan kenikmatan....andainya aku hanya layak untuk menjadi tempat mu untuk menghilangkan rasa kedukaan, kesedihan dan kesunyian sehingga kau bertemu cahaya dan sinar kegembiraan aku akan sentiasa brsedia untuk menjadi lilin yang akan terus dan terus menerangi dirimu sehingga kau bertemu dengan cahaya yang tak akan pudar selama2nya ....

KERANA  SEHINGGA  KESAAT  INI  AKU  TAK  MAMPU  UNTUK  MELARIKAN  DIRI  DARI MU.......SAMPAI BILA...HANYA  WAKTU  DAN  SAAT  YANG  MENENTUKANNYA......

April 8, 2010

..PEsaNan  DaRi  SeSeOranG  YanG  Ku AnGGap KaKaKku..( LoVe U Sis)


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

 
 

March 8, 2010




Apakah Masih Ada Kesetiaan Dlm Sesuatu Perhubungan itu.....!!!

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

January 19, 2010

That's Why You Go Away.......





Everlasting Love - Amor