...BuAT SeOranG TeMaN BaRU...
Tetapi tidak mustahil ini berlaku kerana rasa hormat, kagum dan mula terasa sayang sebagai salah seorang teman terhadapnya kerana keikhlasanya, mulia hatinya, didikan yang sempurna dari kedua orang tuanya , senyuman dan kecantikan yang jernih dan sifat semula jadi yang dia miliki, membuat aku benar-benar ingin mengenalinya. Setia dan kejujurannya membuat aku lupa akan kedudukan aku yang sebenarnya dia ditakdirkan bersama kau, dia akan kembali. Kembali pada mu ya Ilahi!!
Perbezaan peribadinya membuat aku terpikat denganya. Dirinya tidak berlagak kacak tetapi menarik perhatian. Dia yang sederhana sikapnya dan sifatnya, tetapi menawan hati, kerana dalam perangainya itu nampak kejujuran dan kesetiaan yang terjalin rapat. Dirinya tidak seumpama sekeping potret yang bagus bingkainya tetapi lukisanya tidak hidup dan tidak berseni
Alam yang maha luas ini adalah kitab, syair, lukisan, ukiran dan bangunan yang penuh keindahan. Tiada terbatas ilmu dan kekuasaan Penciptanya. Setiap yang indah itu dicintai, tetapi apa akan daya aku tidak berupaya hendak berkata-kata, aku kelu kerna ilmu yang tinggi yang diperolehi jauh lebih berharga dari aku yang tidak seberapa.
Sejak aku bertemunya aku tidak lagi seorang yang hidup tampa arah, satu ketika dahulu aku tidak berupaya memilih jalan bahkan tidak dapat membuat keputusan. Dirinya adalah pilihan yang paling nekad dan jitu aku buat. Jangankan lelaki biasa nabi pun merasa sunyi tanpa wanita, tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syuga? Namun Adam tetap rindu pada hawa. Di jadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Aku pernah gagal tapi aku tak pernah fikir kegagalan pertama itu lebih baik dari yang kedua. Aku sedar yang terjadi satu ketika dahulu pada diriku adalah ketentuan Yang Maha Esa¡ Aku telah berputus-asa untuk mempercayai atau mencari teman atau rakan lagi, tapi setelah aku teliti gerak-geri dirinya hati aku tercuit untuk berkawan denganya kalau ada rezeki dan ruang.
Aku tidak serupa dengan orang lain, meskipun aku tidak mengaku aku yang lebih bagus. Tangan yang di atas lebih baik dari di bawah, lebih baik memberi dari meminta Adakalanya aku fikir lebih baik berterus terang apa yang terbuku di hati dan tidak bermain di sebalik layar-perak, tidak lain di mulut dan lain di hati, tapi apakah dirinya akan terima?? Dalam kehidupan seharian keikhlasan itu penting, ianya bukan barang dagangan.
Aku juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang teman yang aku minati, teman itu tak semestinya cantik atau kacak. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah aku menyukai akan dirinya kerana dia mempunyai banyak persamaan denganku samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama
Aku sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh akan dirinya. Aku cuba menonjolkan sikap kesungguhanku untuk mengenali hatinya dan budinya. aku masih ingat kalai pertama aku ingin megenalinya dan menemuinya aku resah bila berhadapan dengan situasi itu...Bila aku cakap direct to the point dalam sesuatu hal, aku sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan dirimu memahami maksudnya. Mungkin aku yang nampak 'desperate'.
Aku bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, aku harap dirinya janganlah mengharapkan semua yang hebat dari aku. Aku juga normal dan mempunyai kelemahan!
Namun apa yg aku harapkan dirinya akan menerima aku seadanya sebagai teman yang akan sentiasa berada dibelakangnya walau apa keaddannya sekali pun...
Orang tua-tua pernah berkata bila kita didepan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia. Aku rasa begitu senang , tenang dan seronok bila meluangkan masa bersama dirinya dan teman ku yang lain walaupun usia perhubungan kita baru setahun jagung
Perbezaan kita umpama jari tangan yang besar dan yang kecil, panjang dan pendek. Sama-sama memberi kekuatan dan kelemahan untuk menggenggam kejayaan. Membina dan meruntuh.
Seribu senyuman belum tentu menawan hati. Satu ejekan sudah cukup menimbulkan rasa benci, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.,Kesenangan pada hemat dan berkat, ketenangan pada ibadat dan khimat. Untung dunia, untung akhirat, akrab dengan tuhan, rapat sesama insan. Teknologi dan hati umpama jasad dan nyawa. Sistem canggih perlukan hati yang bersih.
I will give you more than you expect and do it cheerfully. Be friend with a woman/man you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other. Don't believe all u hear, spend all you have and sleep all you want.
When i say "l love you", do you know i mean it. When you lose, don't lose the lesson. For me I respect for others, responsibility for all your actions. I Don't want a little dispute injure a great our relationship. If you realize I've made a mistake, take immediate steps to correct me
Hati yang terluka umpama besi bengkok walaupun diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya...Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.,Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa..,Dalam kesempitan hidup ada kekusaan ilmu...,Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Dikau tidak perlu ragu-ragu akan keikhlasanku berikan padamu.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inciboleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki..,Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan sesorang insan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan seseorang insan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan seseorang insan itu cantik di atas dasar akhlaknya.
No comments:
Post a Comment