April 13, 2010

..SAmPai biLA .(duhai insan yg kupanggil temaN )


Apakah sebenarnya yang aku cari di dalam kehidupan ini...kadang2 aku sndiri tidak tahu ..apakah yang aku mahu dan apakah yang masih aku tercari2 didalam diri ku.....tetapi apa yang pasti dan yang dapat aku rasakan kadang kala diri ini merasa kosong, sunyi, sepi  dan  penuh dengan kepedihan dan kelukaan di hati...tetapi dari siapa , untuk siapa , dengan siapa dan kenapa aku pun tak pasti....
Yang pastinya aku rasa kecewa, aku rasa hampa, aku rasa pedih aku rasa kesal di atas kebodohan aku sendiri...itu lah yang aku pasti...KEBODOHAN AKU KERANA MENCINTAI DAN MENYANGGIMU YANG TAK SEPENUHNYA  AKAN MENJADI MILIKU ... lelaki yang begitu aku sayangi  hingga terlalu sukar untuk aku meninggalkannya walaupun hati ku, perasaan ku, jiwa ku sering tersiksa, sering merana, sering terluka kerana MENCINTAI ,MENNYANJUGGI  dan MENYANGGImu .....kenapa kah kebodohan ini menjerat diriku...mengapakah kebodohan ini sering menyeksa jiwa dan perasaan ku...mengapa, mengapa dan  mengapa.....
Aku ingin lari...lari sejauh yang boleh dari mu...aku ingin pergi...pergi yang mungkin tak akan kembali lagi kepada mu...aku ingin melupakan...melupakan dirimu terus dari ingatan ku buat selama lamanya ..namun mengapakah terlalu sukar untuk aku melakukan nya...kenapakah terlalu sukar untuk aku melepaskannya...
mengapakah makin kuat untuk aku melupakan mu makin kuat kau hinggap dihatiku...makin kuat kau terbenam didlam lubuk hati ku..makin kukuh ingatan ku terhadapmu....kenapa, kenapa dan kenapa...
Aku terlalu tersiksa, aku terlalu terluka, aku terlalu kecewa setiap kali bila teringatkan kemesraan antara kau dan dia..(walaupun ianya telah lama berlalu)...aku sering menangis, menangis didalam hati...menangis didalam tidurku..menangis didalam kegembiraan ku...menangis disebalik kebahagiaan ku yang penuh dengan kepura2an......menangis..menangis dan sampai bila aku akan terus menangis aku sendiri tidak pasti...
Mengapakah tuhan menguji cinta ku , kasih ku, sayangku, kejujuranku, ketulusan ku, keikhlasan ku terhadap persahabatan antara kita berdua sehingga sekejam ini...mengapakah tuhan tidak menetapkan sahaja dihatiku untuk menerima mu seperti insan2 yang lain...mengapakah tuhan tidak menutup pintu hatiku untuk terus  menyanggi mu,menaruh pengharapan terhadapmu...mengapakah tuhan terus menguji aku dengan kelukaan yang ia sendiri sudah tahu betapa parah, betapa terluka dan betapa peritnya yang sedang aku tanggung sekarang....Puas aku cuba memujuk hatiku, perasaan ku, jiwa ku, naluriku dari terus mencintai dan menyanggi mu tetapi sering KEGAGALAN yang datang kepada ku...apakah ujian yang harus aku tempuhi untuk melepaskan mu...tidak cukupkah dengan apa yang telah aku lalui dan aku lihat sebelum ini...
Apakah masih tidak cukup lagi aku melihat gambar2 kemesaraan di antara kau dan dia selama ini..tidak cukup lagikah dengan apa yang telah tuhan tunjukkan kepada ku dengan layanan yang kau beri pada ku sewaktu kau dan dia disaat bahagiamu...tidak cukup lagikah dengan segala perlakuan dan perbuatan mu terhadap ku selama ini...tidak cukup kah lagi duhai HATIKU..PERASAANKU, JIWAKU....untuk memahami dan menerima hakikat bahawa dirimu bukanlah ditakdirkan untuk ku.....TIDAK CUKUPKAH ITU SEMUA...
Tahukah oleh mu duhai hatiku...perasaanku...jiwaku..dan naluriku..bahwa setiap kali mataku menatap gambar2 kemesaraan antara dirimu dgnnya..airmatuku mengalir,sedangkan kau sendiri wahai HATIKU..terasa akan robeknya ...PERASAANKU terasa akan kepedihannya...JIWAKU terasa akan kekecewaannya...dan NALURIKU sendiri terasa betapa hina dan kerdilnya nilai PERHUBUNGANku terhadapmu selama ini.....apakah aku masih lagi tidak sedar dan masih lagi tidak terjaga dari segala khayalan yang bermain didalam diri...kenapa...mengapa ...dan sampai bilakah aku akan terbangun dari mimpi yang panjang ini...
Setiap kemesraan , layanan , perbuatan antara kau dan dia telah cukup untuk membuktikan betapa bezanya antara aku dan dia selama ini...betapa jauhnya perbezaan itu....
Dan telah jelas terbukti diantara aku dan sidia siapakah yang sebenarnya telah berjaya menawan hatimu....siapakah yang sebenarnya telah bejaya mencuri hatimu , telah membuka kunci dihatimu....apakah aku masih tidak menyedarinya.....HAHAHA...tidak sebenarnya...SBENARNYA telah lama aku tahu, telah lama aku sedar dan telah lama aku  nampak..tetapi kerana kebodohan lebih kuat menguasai hati, perasaan,jiwa dan fikiran ku ...maka kerana itulah sehingga kini aku masih terus mengharap dan terus berharap...hanyut dengan angan-angan dan impianku sendiri...terlena dengan mimpi2 yang dibuai dengan penuh keindahan bersamamu...namun kalau inilah yang dapat memberikan aku kebahagian....memberi aku kekuatan....memberi aku ketabahan dalam menempuh segala rintangan dan ranjau didalam kehidupan ku....maka aku akan terus berkayuh dan berkayuh sehingga satu hari nanti aku akan berlabuh di suatu pantai yang aku sndiri tidak pasti dimanakah penghujungnya.......
Buat dirimu yang masih berlabuh dihatiku...aku akan terus menerima segala yang kau berikan kepadaku...andainya aku hanya layak untuk menerima kedukaan darimu aku akan telan semuanya walaupun ianya sepahit madu seumpama racun.....andainya aku layak untuk menerima kegembiraan darimu akan ku simpan dan ku pahatkan ianya di lubuk yang paling dalam dihatiku...andainya diriku hanya layak untuk menjadi tempat mu berteduh aku sedia memayungmu sehingga dirimu bertemu pohon yang rendang dan penuh dengan kenikmatan....andainya aku hanya layak untuk menjadi tempat mu untuk menghilangkan rasa kedukaan, kesedihan dan kesunyian sehingga kau bertemu cahaya dan sinar kegembiraan aku akan sentiasa brsedia untuk menjadi lilin yang akan terus dan terus menerangi dirimu sehingga kau bertemu dengan cahaya yang tak akan pudar selama2nya ....

KERANA  SEHINGGA  KESAAT  INI  AKU  TAK  MAMPU  UNTUK  MELARIKAN  DIRI  DARI MU.......SAMPAI BILA...HANYA  WAKTU  DAN  SAAT  YANG  MENENTUKANNYA......

No comments:

Post a Comment