April 13, 2010

..SAmPai biLA .(duhai insan yg kupanggil temaN )


Apakah sebenarnya yang aku cari di dalam kehidupan ini...kadang2 aku sndiri tidak tahu ..apakah yang aku mahu dan apakah yang masih aku tercari2 didalam diri ku.....tetapi apa yang pasti dan yang dapat aku rasakan kadang kala diri ini merasa kosong, sunyi, sepi  dan  penuh dengan kepedihan dan kelukaan di hati...tetapi dari siapa , untuk siapa , dengan siapa dan kenapa aku pun tak pasti....
Yang pastinya aku rasa kecewa, aku rasa hampa, aku rasa pedih aku rasa kesal di atas kebodohan aku sendiri...itu lah yang aku pasti...KEBODOHAN AKU KERANA MENCINTAI DAN MENYANGGIMU YANG TAK SEPENUHNYA  AKAN MENJADI MILIKU ... lelaki yang begitu aku sayangi  hingga terlalu sukar untuk aku meninggalkannya walaupun hati ku, perasaan ku, jiwa ku sering tersiksa, sering merana, sering terluka kerana MENCINTAI ,MENNYANJUGGI  dan MENYANGGImu .....kenapa kah kebodohan ini menjerat diriku...mengapakah kebodohan ini sering menyeksa jiwa dan perasaan ku...mengapa, mengapa dan  mengapa.....
Aku ingin lari...lari sejauh yang boleh dari mu...aku ingin pergi...pergi yang mungkin tak akan kembali lagi kepada mu...aku ingin melupakan...melupakan dirimu terus dari ingatan ku buat selama lamanya ..namun mengapakah terlalu sukar untuk aku melakukan nya...kenapakah terlalu sukar untuk aku melepaskannya...
mengapakah makin kuat untuk aku melupakan mu makin kuat kau hinggap dihatiku...makin kuat kau terbenam didlam lubuk hati ku..makin kukuh ingatan ku terhadapmu....kenapa, kenapa dan kenapa...
Aku terlalu tersiksa, aku terlalu terluka, aku terlalu kecewa setiap kali bila teringatkan kemesraan antara kau dan dia..(walaupun ianya telah lama berlalu)...aku sering menangis, menangis didalam hati...menangis didalam tidurku..menangis didalam kegembiraan ku...menangis disebalik kebahagiaan ku yang penuh dengan kepura2an......menangis..menangis dan sampai bila aku akan terus menangis aku sendiri tidak pasti...
Mengapakah tuhan menguji cinta ku , kasih ku, sayangku, kejujuranku, ketulusan ku, keikhlasan ku terhadap persahabatan antara kita berdua sehingga sekejam ini...mengapakah tuhan tidak menetapkan sahaja dihatiku untuk menerima mu seperti insan2 yang lain...mengapakah tuhan tidak menutup pintu hatiku untuk terus  menyanggi mu,menaruh pengharapan terhadapmu...mengapakah tuhan terus menguji aku dengan kelukaan yang ia sendiri sudah tahu betapa parah, betapa terluka dan betapa peritnya yang sedang aku tanggung sekarang....Puas aku cuba memujuk hatiku, perasaan ku, jiwa ku, naluriku dari terus mencintai dan menyanggi mu tetapi sering KEGAGALAN yang datang kepada ku...apakah ujian yang harus aku tempuhi untuk melepaskan mu...tidak cukupkah dengan apa yang telah aku lalui dan aku lihat sebelum ini...
Apakah masih tidak cukup lagi aku melihat gambar2 kemesaraan di antara kau dan dia selama ini..tidak cukup lagikah dengan apa yang telah tuhan tunjukkan kepada ku dengan layanan yang kau beri pada ku sewaktu kau dan dia disaat bahagiamu...tidak cukup lagikah dengan segala perlakuan dan perbuatan mu terhadap ku selama ini...tidak cukup kah lagi duhai HATIKU..PERASAANKU, JIWAKU....untuk memahami dan menerima hakikat bahawa dirimu bukanlah ditakdirkan untuk ku.....TIDAK CUKUPKAH ITU SEMUA...
Tahukah oleh mu duhai hatiku...perasaanku...jiwaku..dan naluriku..bahwa setiap kali mataku menatap gambar2 kemesaraan antara dirimu dgnnya..airmatuku mengalir,sedangkan kau sendiri wahai HATIKU..terasa akan robeknya ...PERASAANKU terasa akan kepedihannya...JIWAKU terasa akan kekecewaannya...dan NALURIKU sendiri terasa betapa hina dan kerdilnya nilai PERHUBUNGANku terhadapmu selama ini.....apakah aku masih lagi tidak sedar dan masih lagi tidak terjaga dari segala khayalan yang bermain didalam diri...kenapa...mengapa ...dan sampai bilakah aku akan terbangun dari mimpi yang panjang ini...
Setiap kemesraan , layanan , perbuatan antara kau dan dia telah cukup untuk membuktikan betapa bezanya antara aku dan dia selama ini...betapa jauhnya perbezaan itu....
Dan telah jelas terbukti diantara aku dan sidia siapakah yang sebenarnya telah berjaya menawan hatimu....siapakah yang sebenarnya telah bejaya mencuri hatimu , telah membuka kunci dihatimu....apakah aku masih tidak menyedarinya.....HAHAHA...tidak sebenarnya...SBENARNYA telah lama aku tahu, telah lama aku sedar dan telah lama aku  nampak..tetapi kerana kebodohan lebih kuat menguasai hati, perasaan,jiwa dan fikiran ku ...maka kerana itulah sehingga kini aku masih terus mengharap dan terus berharap...hanyut dengan angan-angan dan impianku sendiri...terlena dengan mimpi2 yang dibuai dengan penuh keindahan bersamamu...namun kalau inilah yang dapat memberikan aku kebahagian....memberi aku kekuatan....memberi aku ketabahan dalam menempuh segala rintangan dan ranjau didalam kehidupan ku....maka aku akan terus berkayuh dan berkayuh sehingga satu hari nanti aku akan berlabuh di suatu pantai yang aku sndiri tidak pasti dimanakah penghujungnya.......
Buat dirimu yang masih berlabuh dihatiku...aku akan terus menerima segala yang kau berikan kepadaku...andainya aku hanya layak untuk menerima kedukaan darimu aku akan telan semuanya walaupun ianya sepahit madu seumpama racun.....andainya aku layak untuk menerima kegembiraan darimu akan ku simpan dan ku pahatkan ianya di lubuk yang paling dalam dihatiku...andainya diriku hanya layak untuk menjadi tempat mu berteduh aku sedia memayungmu sehingga dirimu bertemu pohon yang rendang dan penuh dengan kenikmatan....andainya aku hanya layak untuk menjadi tempat mu untuk menghilangkan rasa kedukaan, kesedihan dan kesunyian sehingga kau bertemu cahaya dan sinar kegembiraan aku akan sentiasa brsedia untuk menjadi lilin yang akan terus dan terus menerangi dirimu sehingga kau bertemu dengan cahaya yang tak akan pudar selama2nya ....

KERANA  SEHINGGA  KESAAT  INI  AKU  TAK  MAMPU  UNTUK  MELARIKAN  DIRI  DARI MU.......SAMPAI BILA...HANYA  WAKTU  DAN  SAAT  YANG  MENENTUKANNYA......

April 8, 2010

..PEsaNan  DaRi  SeSeOranG  YanG  Ku AnGGap KaKaKku..( LoVe U Sis)


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

 
 

March 8, 2010




Apakah Masih Ada Kesetiaan Dlm Sesuatu Perhubungan itu.....!!!

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

January 19, 2010

That's Why You Go Away.......





Everlasting Love - Amor



January 15, 2010


... BiLa keLiRU...




... aKU MaNusIA BIasa ...




kadang-kadang insan yg kita sayang boleh jadi insan yang paling kita benci bila terbit kekeliruan...itu yang buat kita lakukan sesuatu kesilapan tanpa sengaja kerana kita cuma manusia biasa...

PERSEPSI KU TERHADAP CINTA..



Cinta Itu Pengorbanan

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya..dan di saat kehilangan, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.Jadi jika kita mencintai seseorang, kita hendaklah  sentiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Dan satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.




Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurniaan tersebut.Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.




Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.Ingatlah bahawa kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya......

KERANA ITU SEBELUM KITA MENCARI CINTA SESAMA MANUSIA CARILAH DULU CINTA KITA KEPADA ALLAH..."CINTA YANG AKAN KEKAL DAN ABADI"

January 13, 2010

 MaDaH   PeRSaHaBaTan

...Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

...Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

...Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

...Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

...Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

...Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

...Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu:-
    1)Tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
    2)Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. 
    3)Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

...Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

...Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

...Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

...Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

...Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.


...Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

...Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita

...Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.


...Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.


b649edb7a9967e598cf19cbed6fd5e4e.gif Friendship special gift image by WhiteLily_2009
TeMAn  AdALaH  HaDIaH 


Teman adalah hadiah terindah kurniaan Tuhan buat kita.
Seperti hadiah, ada yang bungkusannya cantik dan ada yang bungkusannya tidak cantik. Yang bungkusannya cantik punya wajah rupawan, atau keperibadian yang menarik. Yang bungkusannya tidak cantik punya wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa saja, atau mungkin buruk.
Seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek. Yang isinya bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau ketika berkongsi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa bersama. Kita mencintai dia dan dia mencintai kita.
Tetapi bagi sebuah hadiah yang isinya buruk punya jiwa yang terluka. Begitu dalam luka-lukanya sehingga jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justeru kerana ia tidak merasakan cinta dalam hidupnya. Sayangnya yang buruk seringkali menerima sikap penolakan, dendam, kebencian, iri hati, kesombongan, amarah, dll.
Kita tidak suka dengan teman sepeprti  ini dan cuba menghindar dari mereka...tetapi kita tidak tahu bahwa semua itu BUKAN-lah kehendak mereka sedangkan pada dasarnya buruk, tetapi jiwanya juga perlu untuk  memberikan cinta kerana dia sebenarnya inginkan cinta kita, simpati kita, kesabaran dan keberanian kita untuk mendengarkan luka-luka dalam yang memasung jiwanya.




Mereka semua adalah hadiah buat kita, tak kira bungkusannya cantik atau buruk, entah isinya bagus atau jelek...yang paling penting jangan mudah tertipu dengan keindahan bungkusan dari luaran...
















KeInDahaaN  SeBuaH  PeRSaHaBatAAn

January 12, 2010

  PeRsAhABatan  TaNpA  CiNTa.....

Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.

Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.

"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku." fikir si Persahabatan. Sejak hari itu Persahabatan memusuhi Cinta. Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai. Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mula memualkan. Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.


Moral:

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...



            DaN  KiNi   SeGaLaNya HaNYa TiNGGal       KeNanGAN......KAU PERGI !!!